Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kejadian paip bawah tanah pecah berhampiran Jalan Sultan Ismail 

Foto: JBPM

KUALA LUMPUR: Satu kejadian paip bawah tanah pecah berlaku di berhampiran Wisma Chuang, Jalan Sultan Ismail di ibu negara awal pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, pusat gerakan operasi menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 5.04 pagi menerusi sistem MERS999.

@buletintv3

Satu kejadian paip pecah bawah tanah berlaku di berhampiran Wisma Chuang, Jalan Sultan Ismail di ibu negara awal pagi tadi. #BuletinTV3 #PaipPecah #BukitBintang #JalanTutup #KualaLumpur

♬ original sound – BuletinTV3 – BuletinTV3

Menurut Komander Operasi PBK I Mohd Rozihafizam Othman, setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian pada jam 5.13 pagi terdapat kebocoran melibatkan paip bawah tanah milik pihak Pengurusan Air Selangor.

Foto: JBPM

“JBPM Kuala Lumpur menghantar jentera ke tempat kejadian dari BBP Hang Tuah dengan kekuatan 13 anggota lain-lain pangkat.

“Seterusnya didapati berlaku limpahan air dan jalan raya mendap di beberapa kawasan berhampiran paip tersebut.

“Kerja-kerja pembaikan paip yang bocor diserahkan kepada pihak Pengurusan Air Selangor untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Foto: JBPM

Sementara itu pegawai unit media Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang  dihubungi Buletin TV3 memaklumkan, kerja baik pulih paip berkenaan sedang dijalankan pihak Pengurusan Air Selangor ketika ini.

DBKL juga akan melakukan kerja baik pulih jalan berkenaan dengan segera bagi membolehkan laluan dibuka semula, selewat-lewatnya malam ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini