Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kejadian bongkah batu atas jalan, polis minta salur video ‘dashcam’

SEPANG: Polis meminta orang ramai yang mempunyai rakaman video ‘dashcam’ (papan pemuka kenderaan) berhubung kejadian bongkah batu yang jatuh di atas jalan raya dari arah Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) ke Kuala Lumpur malam tadi tampil menyalurkan maklumat.

Menurut Ketua Polis Daerah KLIA, ACP Azman Shari’at rakaman video itu bertujuan membantu polis menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.

Katanya, bongkah batu itu sudah dialihkan bagi mengelak kejadian tidak diingini kepada pengguna jalan raya.

“Sebanyak 10 kenderaan mengalami tayar pancit selepas gagal mengelak dan melanggar serpihan bongkah batu berkenaan,” katanya.

Terdahulu tular video di media sosial menyatakan beberapa buah kenderaan tersadai selepas melanggar bongkah batu itu berdekatan stesen minyak dari arah KLIA ke Kuala Lumpur.

Tindakan pantas polis berjaya mengawal keadaan sebelum objek itu dialihkan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini