Tumpuan :
Nasional

Keharmonian, toleransi antara kaum tunjang perpaduan Bangsa Johor

Foto FB Sultan Johor – Sultan Johor, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon, hari ini, sempena Tahun Baharu Cina, esok.

JOHOR BAHRU: Keharmonian kaum dan toleransi antara satu sama lain sentiasa menjadi tunjang perpaduan Bangsa Johor.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, bertitah perpaduan dan semangat muhibah sesama rakyat berbilang kaum, agama dan bangsa perlu terus diperkasakan.

Baginda bertitah, masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai agama dan kaum memainkan peranan penting dalam pembinaan negara bangsa.

“Saya mengucapkan kepada semua masyarakat Tionghua, Tahun Baharu Cina dan semoga sentiasa makmur dan sejahtera,” titah baginda menerusi Facebook.

Terdahulu, baginda berkenan menerima menghadap Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon, hari ini.

Pada pertemuan itu, Tian Soon mempersembahkan cendera hati kepada Sultan Johor sempena Tahun Baharu Cina.

Loading...
Terkini