comscore
Tumpuan :
Nasional

Kegiatan GISB di Terenggganu dipantau

KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu belum menerima sebarang aduan atau laporan berhubung sebuah syarikat yang kini disiasat atas dakwaan eksploitasi kanak-kanak.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairuddin, bagaimanapun berkata, pihak polis akan terus memantau aktiviti syarikat terbabit di negeri itu.

“Kalau ada kesalahan kita akan siasat tapi setakat ini tiada lagi laporan diterima untuk pihak polis jalankan siasatan bagaimanapun kita memantau setiap pergerakan ahli-ahli mereka lah,”katanya.

Polis akan memantau sekurang-kurangnya dua atau tiga premis perniagaan diusahakan syarikat berkenaan di Terengganu.

Sementara itu tinjauan mendapati syarikat berkenaan menjalankan perniagaan restoran di bandaraya Kuala Terengganu selain kedai bakeri di Gong Badak, Kuala Nerus.

Sebelum ini  media melaporkan seramai 402 orang kanak-kanak dan remaja berusia satu sehingga 17 tahun diselamatkan dari 20 rumah amal syarikat terbabit di Negeri Sembilan dan Selangor.

Kanak-kanak terbabit dikatakan dieksploitasi bagi tujuan kutipan dana, derma dan sumbangan oleh syarikat yang didakwa serpihan sebuah kumpulan ajaran sesat.

Serbuan pihak polis menerusi Op Global itu mendapati turut terdapat kes liwat membabitkan penghuni dan individu dalam organisasi berkenaan.

Loading...
Terkini