comscore
Tumpuan :
Nasional

Keganasan di Gaza: PM dijemput ke persidangan khas OIC di Riyadh

FOTO: NSTP

Oleh: Fareez Azman & Ridhwan Rusydi Azri Roslan

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan telah menerima jemputan daripada Putera Mahkota yang juga Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed bin Salman, malam semalam bagi menghadiri persidangan khas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Riyadh.

Bagaimanapun tegasnya, OIC perlu lebih lantang memberi tekanan berhubung situasi di Gaza.

“Semalam Putera Mohammed Salman maklum ada persidangan khas OIC di Riyadh minta saya hadir, saya jawab Insya-Allah saya cuba.

“Tapi saya cakap harus ada yang kuat sikit (tekanan) kalau tidak macam lemah, tengok kenyataan Amerika Syarikat dan United Kingdom (UK) apabila Israel menyerang Iran, mereka dengan kuat meminta Israel menghentikannya.

“Kenyataan seterusnya, mereka memberi amaran kepada Iran agar tidak menyerang balas, ini apa, perhubungan antarabangsa ini,” jelasnya.

Mengulas lanjut ujar Perdana Menteri, sebaliknya tekanan lebih kuat perlu diberikan agar kekejaman dan kezaliman dapat dihentikan di Gaza.

Tambahnya, ia sekaligus dapat menegakkan keadilan dalam nilai kemanusiaan terutama kepada Palestin.

“Memang ada sahabat-sahabat saya nasihat, Anwar kita negara kecil jangan keras sangat. Saya kawan baik juga (dengan pemimpin luar), di Vientiane (Laos) saya jumpa Anthony Blinken (Setiausaha Negara Amerika Syarikat) satu jam.

“Bab pelaburan, bab Gaza dan Lubnan kita sebut. Amerika kata janganlah baik dengan Rusia, saya kata itu salah kamu jangan suruh kami pula. Kami negara merdeka berdaulat, kami buat keputusan untuk rakyat dan negara kami.

“Begitu juga dengan China (ada masalah diantara mereka), apakah kita hentikan hubungan baik dengan Amerika tidak juga, ada keupayaan ada tahap, ini hubungan antarabangsa,” katanya lagi.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini