comscore
Tumpuan :
Nasional

Kedua-dua peguam wakili ibu bapa Zayn Rayyan hadir ke Mahkamah

Oleh: Fahmi Tajuddin

PETALING JAYA: Kedua-dua peguam yang mewakili ibu bapa kanak-kanak malang, Zayn Rayyan Abdul Matin tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya sebentar tadi.

Fahmi Moin yang mewakili bapa Zayn Rayyan tiba di mahkamah pada pukul 11.16 pagi.

Manakala peguam kepada ibu Zayn Rayyan, pula hadir pada 11.20 pagi tadi.

Sebelum itu, ibu kepada Zayn Rayyan Abdul Matiiin yang direman sejak 1 Jun lalu telah tiba lebih awal dengan menaiki sebuah van polis tanpa logo.

Wanita itu dikawal ketat oleh pihak polis sebelum dibawa masuk ke lobi mahkamah pada pukul 10.30 pagi.

Namun kelibat bapa kepada Zayn Rayyan tidak kelihatan hadir ke Mahkamah.

Kedua-dua pasangan berusia 28 tahun itu direman bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang mana sebelum itu mereka ditahan di sekitar Puncak Alam.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini