PONTIAN: Jenazah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub dibawa ke kediaman ibunya di Kampung Serkat (Kopi Tenggek), Tanjung Piai di sini pada jam 3.35 pagi tadi.
Suasana pilu menyelubungi kediaman berkenaan yang dipenuhi saudara-mara dan penduduk kampung.
Artikel berkaitan: Jenazah Salahuddin akan disemadikan berhampiran pusara ayahandanya
Terdahulu jenazah yang dibawa menaiki pesawat khas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) Alor Setar, Kedah dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Kulai, pada jam 2.30 pagi.
@buletintv3 Suasana pilu menyelubungi kediaman ibu Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub di Kampung Serkat (Kopi Tenggek), Tanjung Piai #beritaditiktok#buletintv3 #SalahuddinAyub #KPDN
Mengiringi jenazah ialah isterinya, Datin Seri Fatimah Taha dan enam anaknya.
Jenazah Salahuddin dijangka dibawa ke kediamannya di Jalan Adil Serkat sebelum dibawa ke Masjid Jamek Dato’ Haji Noh Gadot untuk solat jenazah dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Sulong Serkat, Tanjung Piai jam 12 tengah hari.
Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Pulai dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Jeram meninggal dunia pada jam 9.23 malam tadi di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah.
Artikel berkaitan: Belasungkawa: Salahuddin Ayub pejuang kos sara hidup rakyat