![](https://media.buletintv3.my/2024/01/bS5k1Dj4-BULETIN-TV3-1.jpg)
MANJUNG: Kediaman milik Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham dan tiga buah kenderaannya terbakar di Lorong Semarak Jaya, Ayer Tawar di sini, hari ini.
Kediaman milik Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham dan tiga buah kenderaannya terbakar di Lorong Semarak Jaya, Ayer Tawar, hari ini. pic.twitter.com/lJr4KkqzNz
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) January 10, 2024
Beliau yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak menerusi laman Facebooknya mengesahkan tiada kecederaan berlaku.
![](https://media.buletintv3.my/2024/01/hIdMvm7V-BULETIN-TV3-2.jpg)
Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad memaklumkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Tawar dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan, 3.05 pagi tadi.
“Setibanya di lokasi, pihak bomba mendapati kebakaran membabitkan tiga kereta di kawasan parkir di rumah membabitkan Mercedes E300, Honda CRV dan Toyota Hilux.
![](https://media.buletintv3.my/2024/01/QwHYZmT6-BULETIN-TV3-3.jpg)
“Kebakaran juga membabitkan siling dan bumbung garaj kereta.
“Tiada mangsa cedera dan operasi ditamatkan 4.44 pagi selepas kebakaran dipadamkan,” katanya, hari ini.