PETALING JAYA: Beberapa rumah kediaman kelas C di Pulau Ketam, Selangor musnah dalam kebakaran sebentar tadi.
Kebakaran kira-kira jam 1 tengah hari turut merebak dan memusnahkan tiga bot nelayan.
Beberapa buah rumah kediaman kelas C di Pulau Ketam, Selangor musnah dalam kebakaran sebentar tadi.
Sumber: orang awam pic.twitter.com/gbq45NOwWm
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) September 29, 2023
Pihak bomba dan penyelamat menerima panggilan kecemasan pada jam 1.19 tengah hari.
Ketika ini, kerja-kerja memadamkan kebakaran giat dijalankan dengan bantuan pasukan bomba sukarela dan Balai Polis Pulau Ketam.
Difahamkan, seorang mangsa dipercayai wanita berumur 49 berada di dalam rumah semasa kebakaran.
Setakat ini, mangsa belum ditemui dan kerja-kerja pencarian sedang dijalankan.
Laporan lanjut menyusul.