Tumpuan :
Nasional

Kediaman CEO GISBH di Kelantan diserbu

Anggota polis mengorek pasir selepas mendapati puluhan buku yang dikesan ditanam di tepi sungai kediaman mereka di Kampung Panji, di sini. – FOTO: NSTP

KOTA BHARU: Polis Kelantan membuat serbuan di perumahan yang menjadi penempatan keluarga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings (GISBH) di Kampung Panji, di sini, hari ini.

Operasi berlangsung bermula jam 7 pagi itu turut disertai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEIK).

Menerusi operasi membabitkan tiga rumah terbabit termasuk yang didiami isteri kedua kepada CEO GISBH, lebih 20 kanak-kanak turut berada di rumah terbabit.

Setakat jam 8.30 pagi, polis melakukan pemeriksaan dalam kawasan rumah dan sekitarnya selain dilihat merampas pelbagai jenis buku berkaitan ajaran dan doktrin yang diperjuangkan oleh GISBH.

Difahamkan, kediaman terbabit sudah menjadi penempatan mereka sejak puluhan tahun lalu dengan ahli yang sering bertukar-tukar.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini