comscore
Tumpuan :
Nasional

Kedaulatan Sabah tidak perlu diragui

KOTA KINABALU: Penghakiman terakhir Mahkamah Agung Belanda yang menolak rayuan pihak mengaku waris Sulu, menandakan kemenangan penting bagi Sabah dan Malaysia, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

“Ketetapan ini adalah berita baik untuk Sabah dan Malaysia kerana ia secara muktamad menamatkan dakwaan mereka, yang memang tidak pernah diiktiraf oleh Sabah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ketua Menteri berkata kedaulatan Sabah dalam Malaysia tidak perlu diragui dan dicabar oleh sesiapa.

Datuk Seri Hajiji berkata keputusan mahkamah itu mengukuhkan lagi kedudukan Sabah sebagai sebahagian daripada Malaysia, dengan kedaulatannya dilindungi oleh undang-undang.

Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said mengumumkan bahawa kerajaan telah memperoleh kemenangan penting terakhir di Mahkamah Agung Belanda, yang membuat keputusan memihak kepada Malaysia, dan menolak rayuan yang difailkan oleh pihak berkenaan.

Penghakiman yang memihak kepada Malaysia itu, secara berkesan membatalkan tuntutan yang dikemukakan oleh pihak mengaku waris kumpulan Sulu itu. – BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini