comscore
Tumpuan :
Nasional

Kedai makan kotor di Batu Feringhi diberi notis penutupan 14 hari

Kedai makan di Batu Feringghi di sini, diberi notis penutupan selama 14 hari susulan keadaan kebersihan premis berada pada tahap tidak memuaskan. FOTO: NSTP

GEORGE TOWN: Penemuan najis lipas di bawah kaunter pesanan dan dapur yang kotor, menyebabkan sebuah kedai makan di Batu Feringhi di sini, diberi notis penutupan selama 14 hari.

Notis berkenaan dikeluarkan Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut selepas premis terbabit diperiksa dalam Op Deepavali, semalam, dan didapati tahap kebersihannya tidak memuaskan.

Selain itu, beberapa pekerjanya juga didapati tidak dapat suntikan anti tifoid dan tidak mengikuti latihan pengendali makanan.

Pemeriksaan juga mendapati bahan basah yang disimpan tidak terurus dan keadaan peti sejuk juga kotor serta tidak dicuci, manakala rak simpanan bahan mentah pula tidak disusun rapi dan berselerak.

Pemilik premis terbabit bagaimanapun akur dengan arahan penutupan berkenaan.

Premis makanan itu menjadi tumpuan dan ‘port lepak’ berikutan kedudukannya berhampiran pantai serta menawarkan pertunjukan api.

FOTO: NSTP

Dalam pada itu, Ketua Unit Inspektorat dan Perundangan Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut, Wan Mohamad Akhbar Wan Ali berkata, 14 premis di Batu Feringhi diperiksa dalam operasi itu yang bermula pagi sehingga 8.30 malam.

Katanya, daripada jumlah itu, empat daripadanya diberi notis penutupan atas pelbagai kesalahan termasuk tahap kebersihan yang tidak memuaskan.

“Kedai makan berkenaan dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 dan kesemua penutupan premis dilakukan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983.

“Kesemua premis yang diperiksa terdiri daripada kedai makan, kafe dan restoran yang menjadi tumpuan pengunjung di Batu Feringhi.

“Keseluruhan nilai kompaun dikenakan terhadap premis yang diperiksa ialah sebanyak RM13,600,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini