SUNGAI BULOH: Sebuah kedai kopi dan rumah terbakar dalam kejadian di Jalan Wellfare, Kampung Baru Sungai Buloh, di sini, hari ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 9.26 pagi ini dan terus ke lokasi kejadian.
Menurutnya, seramai 22 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh dan BBP Bukit Jelutong dikejarkan ke lokasi.
“Sebaik tiba mendapati kebakaran membabitkan sebuah kedai kopi terbakar 30 peratus manakala sebuah rumah terbakar 80 peratus.
“Api berjaya dikawal pada jam 9.50 pagi dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.