Sebuah kedai karpet di Jalan Nilai 3/5, Pusat Borong Nilai 3 di Nilai, terbakar, kira-kira 8 pagi tadi. pic.twitter.com/w7p0HV1qJY
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) February 21, 2025
NILAI: Sebuah kedai karpet di Jalan Nilai 3/5, Pusat Borong Nilai 3 di sini, terbakar, kira-kira 8 pagi tadi.
Api marak di lokasi dan kebakaran menyebabkan kepulan asap serta dapat dilihat dari jauh, malah turut dirakam penduduk di sekitar daerah ini.
Difahamkan, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) telah berada di lokasi untuk operasi memadam api dan status kebakaran masih belum diketahui.

Kedai sama pernah hangus sepenuh pada 2015 dan bomba mengambil masa dua hari untuk memadam kebakaran berkenaan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.