Oleh: Ridhwan Rusydi Azri Roslan
SHAH ALAM: Gedung perniagaan tekstil Jakel cawangan Shah Alam di Seksyen 7 di sini terbakar lagi dalam kejadian awal pagi tadi.
Kebakaran di bangunan Wisma Jakel itu membabitkan satu bilik simpanan kain langsir berkeluasan 2.78 meter persegi (30×40 kaki persegi) di tingkat tiga.
Menurut Komander Operasi, PBK 1 Mohd Supi Yunus, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran berulang di wisma itu kira-kira jam 1 pagi tadi.
Bangunan kedai tingkat atas bersebelahan dengan Wisma Jakel Shah Alam terbakar kira-kira jam 1 pagi tadi.
Pihak bomba sedang berusaha memadam kebakaran.@BuletinTV9@BuletinTV3 pic.twitter.com/yALtHlr3Ot
— Ridhwan (@wanNewsMPB) January 2, 2023
”Kami terima panggilan lebih kurang dalam pukul 1 pagi, mengatakan ada kebakaran ulangan di Wisma Jakel.”
”Kami datang dengan dua jentera dan 15 anggota, kemudian kami minta bantuan pihak EMP untuk memadamkan kebakaran tersebut.
”Kebakaran tersebut berlaku di ruang aras tiga Wisma Jakel, tetapi sekarang ini kami telah berjaya mengawal api daripada merebak ke kawasan lain.”
Katanya, punca kebakaran masih belum dapat dikenalpasti.
”Puncanya kami tak pasti, tetapi mungkin kerana ada longgokkan-longgokan kain di sini, dan ada kebakaran kecil yang tak berjaya dipadamkan daripada longgokkan kain tersebut sekaligus menyebabkan kebakaran berulang semula,” katanya kepada Buletin TV3.
Ahad lalu, Wisma Jakel yang menempatkan gedung jualan pakaian dan stor barangan terbakar dalam kejadian sekitar 7 pagi.