
KUALA LUMPUR: Ahli keluarga Datuk Seri Najib Razak melahirkan rasa kecewa berikutan bekas Perdana Menteri itu tidak mendapat pengampunan penuh dan dibebaskan serta-merta.
Anak kepada Najib, Nooryana Najwa berkata, ini kerana pihaknya dan ahli keluarga kekal dengan pendirian dan yakin bahawa ayahnya itu tidak bersalah, sekaligus wajar dilepaskan dan dibebaskan.
“Walaupun kami menghargai pengurangan hukuman daripada 12 tahun kepada enam tahun yang diputuskan oleh Lembaga Pengampunan setelah pertimbangan pendapat dan nasihat, kami berasa kecewa kerana Datuk Seri Najib Razak tidak mendapat pengampunan penuh dan dibebaskan serta-merta.
“Mereka yang mengikuti kes SRC secara dekat sudah tentunya tahu dan bersetuju dengan penghakiman oleh Ketua Hakim Sabah dan Sarawak tahun lepas bahawa ketidakadilan yang besar berlaku ke atas Datuk Seri Najib dan keputusan yang betul ialah beliau wajar dilepaskan dan dibebaskan,” katanya melalui Instagram.
Terdahulu, Urusetia Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri, memberikan pengurangan 50 peratus bagi hukuman penjara 12 tahun yang sedang dijalani Najib sejak 2022, sekali gus menyaksikan beliau bakal dibebaskan pada 23 Ogos 2028.
Selain tarikh pembebasan awal itu, Najib turut perlu membayar denda yang dikurangkan kepada RM50 juta.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Hukuman penjara Najib dipendekkan enam tahun, denda dikurang kepada RM50 juta
- PM bayangkan kemungkinan keputusan pengampunan Najib diketahui hari ini
- Pengampunan Najib: Sudah ada keputusan – PM
- Jangan buat kesimpulan, tunggu kenyataan rasmi Lembaga Pengampunan – Fahmi
- Kes Najib: Tunggu kenyataan rasmi Lembaga Pengampunan
- Keputusan pengampunan Najib dijangka diumum minggu ini – Dr Zaliha