comscore
Tumpuan :
Nasional

Kecergasan jadi keutamaan Naib Canselor UiTM

Profesor Datuk Dr Shahrin Sahib@Sahibuddin sedang melakukan senam aerobik bersama-sama warga UiTM

SHAH ALAM: Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM), Profesor Datuk Dr Shahrin Sahib@Sahibuddin, membuktikan komitmennya terhadap kecergasan dan sukan dengan menyertai Program Kecergasan Sukan Warga UiTM (UniFit).

Program ini diletakkan dalam “Vice Chancellor Special Project” dan dikendalikan  Pusat Sukan UiTM.

Ia merupakan penyertaan rasmi pertama beliau sejak dilantik pada 2 November lalu.

Profesor Datuk Dr Shahrin yang meminati bidang sukan terutama berbasikal berkata beliau menyokong apa sahaja kegiatan sukan yang dianjurkan kerana yakin sukan dapat memartabatkan universiti.

Profesor Datuk Dr Shahrin Sahib@Sahibuddin bersama ‘kuda besi hitamnya’ – ‘As-Sakaf’

“UiTM sentiasa menitiberatkan mengenai hal kesihatan dan kecergasan. Banyak aktiviti sukan yang telah dianjurkan bagi menggalakkan warga UiTM terus sihat. Aktiviti yang telah dijalankan pada hari ini adalah UniFitAerobic2u dan juga UniFit Cycling,” katanya.

Program UniFit 2023 berlangsung selama 3 bulan sehingga akhir tahun ini dan akan terus dianjurkan pada  tahun akan datang.

Program UniFit melibatkan enam aktiviti iaitu UniFit Aerobic2u, UniFit Gym, UniFit Cycling, UniFit Swimming, UniFit Running dan UniFit Walking.

Loading...
Terkini