Tumpuan :
Nasional

Kebocoran gas ammonia kilang ais merebak sejauh 500 meter

NIBONG TEBAL: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dikerah melakukan operasi nyahcemar susulan kebocoran gas jenis ammonia di sebuah kilang memproses ais di Kawasan Perusahaan Ringan Usahajaya, Simpang Ampat, di sini.

Kejadian berlaku petang tadi menyebabkan kebocoran gas merebak sejauh kira-kira 500 meter, namun tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam insiden ini.

Jurucakap JBPM Pulau Pinang berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Perda dengan bantuan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) BBP Perai dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan jam 5.44 petang tadi.

“Anggota HAZMAT mencari punca kebocoran dan menjalankan kerja nyahcemar dengan kebocoran gas dikesan merebak sehingga 500 meter di kawasan kilang terbabit,” katanya.

Loading...
Terkini