comscore
Tumpuan :
Nasional

Kebocoran bahan kimia di Southern Support Zone Sepang Aircraft Engineering KLIA

Foto: JBPM

SEPANG: Satu kejadian kebocoran bahan kimia dilaporkan berlaku di Southern Support Zone Sepang Aircraft Engineering KLIA, di sini pada jam 11.23 pagi tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor melalui Pusat Gerakan Operasi Negeri dalam satu kenyataan memaklumkan, telah menerima panggilan kecemasan menerusi MERS 999.

“Seramai enam (6) orang pegawai bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat KLIA serta pasukan HAZMAT daripada Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam telah hadir ke operasi tersebut.” menurut kenyataan itu.

Komander Operasi, PBK II, Muhammad Nur Khairi Samsumin berkata, pihak JBPM Negeri Selangor masih lagi mengenal pasti bahan kimia yang bocor.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini