Tumpuan :
Nasional

Kebebasan badan kehakiman mesti kekal diutamakan – PM 

Oleh: Siti Khadijah Jaafar

KUALA LUMPUR: Kebebasan sistem kehakiman mesti kekal diutamakan dalam menegakkan keadilan tanpa rasa takut atau pilih kasih.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kebebasan kehakiman tetap tertakluk di bawah doktrin pengasingan kuasa iaitu prinsip yang termaktub di bawah asas perlembagaan persekutuan.

” Saya tidak perlu menyebut kebanyakan presiden kehakiman dan pihak berkuasa untuk mengulangi sokongan saya yang tidak berbelah bahagi untuk imperatif kebebasan kehakiman, yang termasuk di bawah doktrin pengasingan kuasa. Ini adalah prinsip termaktub di bawah prinsip asas Perlembagaan Persekutuan”, katanya.

Menurut Datuk Seri Anwar lagi, iktibar dan sejarah yang pernah berlaku dalam sistem perundangan tidak boleh dilupakan.

“Dalam masa lalu, kita telah melihat bagaimana prinsip suci ini dilanggar oleh kuasa yang ada, bekerja berganding bahu dengan pejabat kehakiman tertinggi, memesongkan jalan keadilan untuk melayani tujuan politik yang jahat dan keji, tetapi izinkan saya dengan tegas menyatakan bahawa sudah cukup dan era itu telah berlalu dan kita tidak akan membenarkan penderaan sedemikian dan pelanggaran itu tidak akan berulang lagi”.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap sempena Persidangan LAWASIA ke-37 di ibu negara tengah hari tadi.

Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, Presiden Lawasia, Shyam Divan dan Presiden Bar Council, Mohamad Ezri Abdul Wahab.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini