comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kebakaran rumah Ngeh Koo Ham, polis jumpa ‘molotov cocktail’ 

 

MANJUNG: Polis menjumpai botol disyaki mengandungi ‘molotov cocktail’ yang disyaki menjadi punca kebakaran kediaman dan tiga kereta milik Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham, di Lorong Semarak Jaya, Ayer Tawar, di sini, hari ini.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung menerima panggilan daripada Ngeh Koo Ham berhubung kejadian itu pada jam 2.55 pagi tadi.

“Pemeriksaan polis di tempat kejadian mendapati, kebakaran itu mengakibatkan kereta Mercedes Benz musnah terbakar.

“Dua lagi kereta mengalami kesan kepanasan iaitu Honda CR-V dan Toyota Hilux.

Turut ditemui di lokasi kebakaran adalah satu botol disyaki mengandungi molotov cocktail,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, Mohd Yusri berkata, kertas siasatan dibuka dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Beliau memberi jaminan kes itu akan disiasat secara terperinci dari pelbagai sudut dan usaha mengesan individu yang terbabit giat dijalankan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini