Tumpuan :
Nasional

Kebakaran rumah di Sri Gading, 2 melecur

Kebakaran rumah di Kampung Baru Sri Gading menyebabkan dua penghuni melecur. FOTO: Ihsan bomba

BATU PAHAT: Dua cedera apabila sebuah rumah terbakar di Kampung Baru, Sri Gading, di sini, petang semalam.

Kebakaran berlaku pada 4.35 petang menyebabkan kedua-dua mangsa iaitu lelaki dan wanita berusia 28 serta 31 tahun melecur.

Komander Operasi Kanan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Pahat, Ayub Majid berkata, dua jentera dan anggota BBP Batu Pahat serta Penggaram digerakkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada 4.45 petang.

“Sebaik tiba, kami dapati rumah separuh kekal terbakar dengan dua mangsa yang juga penghuni melecur. Mangsa bagaimanapun dihantar orang awam ke hospital sebelum Pasukan Keluaran Operasi (PKO) tiba.

“Api berjaya dikawal sebelum padam sepenuhnya. Operasi tamat pada 6.03 petang, manakala punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini