Tumpuan :
Nasional

Kebakaran Gunung Baling padam sepenuhnya selepas 3 hari

Oleh: Kumaran Rajamoney

BALING: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) berjaya memadamkan sepenuhnya kebakaran di puncak Gunung Baling, hari ini.

Ketua Balai Bomba Baling, Penolong Penguasa Bomba Mohd Jamil Mat Daud memaklumkan usaha pemadaman berjaya dilakukan menerusi kaedah “Water Bombing” menggunakan helikopter jenis Agusta AW 139.

“Alhamdulillah, hasil pemantauan oleh anggota balai mendapati tiada lagi tompok asap kebakaran kelihatan dikawasan kebakaran.”

“Kita sebelum ini berhadapan kesukaran untuk memadam sepenuhnya kebakaran ini kerana ia berlaku di kawasan lereng bukit yang curam. Tambahan pula, lokasi ini melibatkan struktur batu kapur yang mudah rapuh apabila terkena bahang api yang tinggi.”

Kebakaran ini katanya dipercayai berpunca dari aktiviti pembakaran lewat petang Rabu secara terbuka di kaki gunung yang mengakibatkan api merebak sehingga ke bahagian puncak.

“Pembakaran terbuka, serta sisa rokok yang ditinggalkan pendaki dilihat menjadi punca kepada beberapa siri kebakaran yang direkodkan di kawasan Gunung Baling dan lokasi sekitarnya sejak beberapa tahun kebelakangan ini.”

“Saya memohon agar penduduk dan pengunjung mengambil langkah keselamatan bagi memastikan kejadian ini tidak lagi berulang,” katanya.

Loading...
Terkini