KUALA LUMPUR: Laporan penuh kebakaran yang memusnahkan lima kediaman di Flat Sri Sabah, Cheras di sini sudah siap dan akan diumum dalam masa terdekat.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Muhammad Salleh Abdul berkata, laporan siasatan kes itu sudah dilengkapkan dan akan dibentangkan kepada jawatankuasa khas.
“Laporan sudah siap dan kita akan maklumkan secara rasmi kepada media nanti.
“Laporan yang lengkap itu akan dibentangkan terlebih dahulu kepada jawatankuasa dalam tempoh dua minggu ini,” katanya dalam sidang media pada Majlis Pelancaran Task Force Op Sri PA di Flat Sri Sabah, Cheras di sini, hari ini.
Turut hadir Pengarah Eksekutif (Pembangunan Sosioekonomi) DBKL, Ismadi Sakirin.
Dalam kejadian jam 9.30 malam, lima unit kediaman di blok 70 Flat Sri Sabah musnah dijilat api.
Tindakan pantas anggota JBPM Kuala Lumpur berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke rumah dan tingkat lain.
Malah, kejadian juga tidak membabitkan kemalangan jiwa.
Susulan kejadian, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid dilaporkan berkata, siasatan polis mendapati tiada unsur jenayah membabitkan insiden kebakaran terbabit.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- UJBPM lancar OP SRI PA ke atas perumahan awam DBKL berusia lebih 30 tahun
- Kebakaran Flat Sri Sabah tiada unsur jenayah – Polis
- Enam unit Flat Sri Sabah terbakar
- Kebakaran Flat Sri Sabah: Ingatkan bau mercun, rupanya rumah jiran terbakar
- Kebakaran Flat Sri Sabah: Tiada kemalangan jiwa, seorang warga emas sesak nafas
- Kerja pembersihan kebakaran Flat Sri Sabah selesai jam 8 pagi
- [VIDEO] Kejadian paling buruk di Flat Sri Sabah – saksi
- [VIDEO] Pendawaian elektrik dipercayai punca kebakaran Flat Sri Sabah – Bomba