![](https://media.buletintv3.my/2025/02/STATEMENT-TNB.jpg)
PORT DICKSON: Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan berlaku insiden kebakaran di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, di sini, namun keadaan terkawal dan tidak menjejaskan bekalan elektrik kepada pengguna.
Dalam kenyataan hari ini, TNB memaklumkan pasukan teknikalnya segera dikerahkan ke lokasi bagi menilai situasi serta mengambil langkah perlu bagi memastikan keselamatan semua pihak.
“Buat masa ini, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian. TNB akan terus memantau perkembangan situasi ini dan memberikan maklumat terkini jika diperlukan,” katanya.
Terdahulu, penduduk sekitar digemaprkan dengan bunyi letupan disusuli kebakaran di premis berkenaan.
Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Port Dickson dilaporkan menerima panggilan kecemasan mengenai letupan itu sekitar jam 9 malam sebelum menghantar pasukan ke lokasi.
Ketika ini, tiada individu terlibat dan punca insiden masih dalam siasatan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.