KUALA LUMPUR: Seramai 40 anggota bomba masih bertungkus lumus memadam kebakaran bilik transformer TNB, pusat membeli belah Mid Valley di sini, sejak jam 10.40 pagi tadi.
Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur dalam kenyataannya memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu, jam 10.32 pagi.
“Pasukan operasi terlibat dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai, Jalan Hang Tuah, Seputeh, Sri Hartamas bersama 11 jentera termasuk Fire Rescue Tender (FRT) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), menurut kenyataan itu.
Kebakaran didapati membabitkan pencawang masuk utama ke bilik transformer TNB di pusat membeli belah itu.
Artikel berkaitan : Kebakaran: Mid Valley ditutup sementara