Tumpuan :
Nasional

Keakraban Malaysia-China tidak bermaksud menyebelahi mana-mana pihak — PM Anwar

Oleh: Afrina Romzi

BEIJING: Keakraban Malaysia dan China tidak bermaksud Malaysia menyebelahi mana-mana pihak termasuk dalam urusan hubungan kepimpinan serta pelaburan dan perdagangan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun berkata selain urusan perdagangan, China mempunyai pendirian yang lebih dekat dengan Malaysia berbanding kebanyakan negara lain termasuk situasi di Gaza.

“Kita ambil sikap yang sederhana. Maknanya pertengahan, ada hubungan dengan baik. Negara China itu sambutan sangat akrab dan dianggap kita ini sebagai kawan, jadi banyak-banyak hal seperti BRICS, kerjasama dua hala, MoU, perdagangan itu diberikan perhatian.

“Banyak orang mengatakan kita ni memihak tetapi tidak, banyak-banyak isu yang kita bincang kerana soal gaza, pendirian China lebih dekat dengan kita berbanding kebanyakan negara lain,” katanya sidang media sempena lawatan kerja ke China, hari ini.

Tambah beliau, hubungan dengan Amerika Syarikat dan Eropah amat kukuh dari segi pelaburan pusat data dan digital.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan juga komitmen Malaysia kepada ASEAN sebagai rakan serantau utamanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini