comscore
Tumpuan :
Nasional

Keadaan Ainul Mardhiah Turun Naik, Tidak Boleh Dijangka

PETALING JAYA: Keadaan kesihatan Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, 4, dikatakan masih dalam tempoh pemulihan dan rawatan rapi oleh pasukan perubatan meskipun sudah lebih dua minggu berada di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) sebuah hospital akibat jangkitan kuman.

Bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak sebentar tadi memaklumkan keadaan anak sulungnya itu masih tidak dapat dijangka selain merindukan gelagat kanak-kanak tersebut.

“Saya sangat rindu dengan Ainul. Keadaan dia turun dan naik.

“Tidak boleh nak jangka Ainul sekarang,” kongsinya pada hantaran Facebook.

Terdahulu, ubat-ubatan yang diberikan kepada Ainul Mardhiah sudah banyak dihentikan dan kanak-kanak itu juga sudah tidak demam serta menunjukkan beberapa tindak balas positif.

Tambah Ahmad Safiuddin, tubuh badan Ainul Mardhiah seakan masih lemah dan memerlukan bantuan orang lain untuk duduk.

Loading...
Terkini