Tumpuan :
Nasional

KDNK kukuh 5.1 % pada 2024 bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.- Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 5.1 peratus pada 2024, mengatasi unjuran asal antara 4-5 peratus serta melonjak jauh lebih tinggi berbanding 3.6 peratus pada 2023 adalah bukti keberkesanan dasar Ekonomi MADANI.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia terutama dalam memateri keyakinan pelabur serta memperkukuh pertumbuhan ekonomi negara.

“Lebih membanggakan, Kerajaan MADANI juga berjaya mengurangkan defisit fiskal (perbelanjaan melebihi pendapatan) kepada 4.1 peratus, lebih baik daripada sasaran 4.3 peratus.

“Pertumbuhan kukuh ini didorong oleh peningkatan pelaburan yang melonjak 12 peratus yakni tertinggi dalam 12 tahun serta eksport yang terus berkembang, khususnya dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E).

“Pemulihan pelancongan dan pelaksanaan pantas projek infrastruktur utama turut menyokong pertumbuhan ekonomi negara,” katanya di laman sosial Facebook hari ini.

Tambah Anwar, Kerajaan MADANI akan terus bekerja untuk mengekalkan momentum positif berkenaan dan meningkatkan lagi prestasi pada tahun ini demi kemakmuran rakyat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini