comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] KDN tidak kompromi syarat permohonan taraf kewarganegaraan

Oleh Wan Zairul Azri Wan Mohammad Sudin

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan berkompromi soal kelonggaran terma syarat atau prasyarat dalam membuat keputusan permohonan kewarganegaraan meskipun menetapkan sasaran untuk memproses sekurang-kurangnya 10,000 permohonan bagi tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, garis panduan berhubung kewarganegaraan dinyatakan dengan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Kita cuma perlu ikuti (garis panduan), itu saja. Tidak timbul niat kita untuk kompromi sebagai contoh isu keselamatan bagi mencapai sasaran tersebut. Perkara itu tidak akan berlaku,” katanya pada sesi dialog Menteri Dalam Negeri bersama media di sini hari ini.

Sebelum ini, Saifuddin dilaporkan berkata, KDN menyasarkan untuk memproses sekurang-kurangnya 10,000 permohonan taraf kewarganegaraan pada tahun ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, dalam tempoh empat bulan sejak menjawat jawatan menteri, beliau telah membuat lebih 5,600 keputusan permohonan.

Beliau yang turut berkongsi pengalaman apabila meneliti setiap permohonan berkata, ia bukan roket sains (rocket science) tetapi logik akal (common sense).

“(Sebagai contoh) satu permohonan 15 tahun, selepas proses anak angkat dilakukan misalnya melalui proses mahkamah, kuat kuasa undang-undang. Ibu bapa dapat anak angkat melalui proses undang-undang. Dia kemukakan permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Kita perlu permudah keputusan mahkamah atau proses pengangkatan.

“Perkara yang kami kena jaga-jaga adalah keaslian sesuatu dokumen. Ada kes di beberapa institusi kesihatan swasta di negara di mana kita dapati ia wujud sebagai premis sindiket mengeluarkan sijil lahir palsu,” katanya.

Loading...
Terkini