comscore
Tumpuan :
Nasional

KDN sahkan Syed Fawad sudah dihantar pulang ke Pakistan

KAJANG: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan wartawan warga Pakistan, Syed Fawad Ali yang didakwa hilang sebelum ini, sudah dihantar pulang ke negara asalnya pada Ogos tahun lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata Kerajaan Malaysia menerima permohonan rasmi daripada Kedutaan Pakistan bagi mengesan serta menghantar pulang Syed Fawad pada bulan sama.

“Bertindak atas permohonan yang dibuat melalui saluran diplomatik itu, kerajaan ketika itu mengesan Syed Fawad dan seawal minggu ketiga Ogos lalu, beliau sudah dihantar pulang ke Islamabad.

“Saya boleh mengesahkan berdasarkan rekod rasmi tindakan yang kita buat, bersesuaian dengan permintaan oleh Kerajaan Pakistan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan rawatan rasmi ke Jabatan Penjara Malaysia, di sini, hari ini.

Loading...
Terkini