KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengeluarkan perintah larangan terhadap enam penerbitan yang didapati mengandungi kandungan tidak sesuai untuk bacaan umum.
Menurut kenyataan KDN, larangan dibuat di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301) bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam.
Enam tajuk penerbitan itu ialah A Million Kisses In Your Lifetime (Monica Murphy),
Lose You To Find Me (Erik J Brown) dan Punai (Asyraf Bakti).
Selain, Scattered Showers (Rainbow Rowell), When Everything Feels Like The Movie (Raziel Reid), What If It’s Us (Becky Albertalli & Adam Silverra).
Kenyataan itu memaklumkan tindakan berkenaan adalah langkah kawalan bagi mengelak ancaman kepada masyarakat sebelum ia berlaku.
Pihak yang melanggar perintah itu boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya sekali.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.