KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjalankan kajian bagi menilai dan menyemak semula sama ada pindaan terhadap Akta Hasutan perlu mengambil kira kesalahan membabitkan elemen isu agama, kaum dan raja (3R).
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kajian turut merangkumi penilaian supaya pindaan terhadap akta terbabit seiring dengan situasi semasa.
“Susulan kajian itu, pelbagai libat urus dengan pemegang taruh sudah dan sedang diadakan terutama berkaitan undang-undang yang boleh membendung kesalahan terhadap perkara yang menyentuh elemen 3R,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis yang disiarkan laman web Parlimen.
Saifuddin Nasution berkata demikian menjawab pertanyaan Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) sama ada kerajaan bercadang meminda Akta Hasutan.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.