comscore
Tumpuan :
Nasional

KDN akan ubah suai sistem penggunaan senjata api anggota RELA

Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah

KUALA NERUS: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengubah semula sistem penggunaan senjata api bagi anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, langkah itu diambil bagi menggelakkan penyalahgunaan senjata api khususnya selepas waktu mereka  bertugas.

Menerusi sistem yang akan dilaksanakan itu juga anggota hanya dibenarkan mengambil senjata api ketika  memulakan penugasan.

Perkara itu dipertimbangkan susulan Kes seorang bekas anggota RELA dijatuhi hukuman 43 tahun penjara kerana menembak mati bekas ketua bahagian MCA Marang dan  cubaan membunuh anak saudara mangsa, oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, pada 9 Julai lalu.

Keputusan itu dibuat hakim  mahkamah tinggi Kuala Terengganu Datuk Hassan Abdul Ghani selepas tertuduh, Ong Chow Lee, 60 tahun, mengaku salah terhadap dua pertuduhan berkenaan.

“Ekoran daripada kes itu kita ubah suai sistem kita senjata disimpan di stor senjata bila anggota nak bertugas baru dibenar ambil la bagi elakkan keadaan begitu”, katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perjumpaan Bersama Lembaga Pengawalan Dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran KDN di Kuala Nerus, malam tadi.

Untuk rekod, sebelum ini juga anggota RELA tidak dibenarkan menggunakan senjata api untuk sebarang tujuan termasuklah aktiviti membasmi musuh tanaman.

Larangan berkenaan tertakluk di bawah Akta Pasukan Sukarelawan Malaysia 2012 (Akta 752).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini