PETALING JAYA: Kapal perang milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) iaitu KD PENDEKAR dilapor telah tenggelam sepenuhnya di pantai tenggara Johor hari ini selepas mengalami kebocoran.
TLDM dalam kenyataan terbaharu hari ini memaklumkan kapal tersebut tenggelam di posisi 2 batu nautika di Tenggara dari Tanjung Penyusop, Johor pada jam 3.54 petang.
“Usaha menyelamatkan kapal melalui operasi salvaj masih dalam proses pelaksanaan.”
“Usaha pantas komuniti maritim telah berjaya menyelamatkan kesemua kru KD PENDEKAR seramai 39 orang sebelum kapal ditenggelami air sepenuhnya,” menurut kenyataan itu.
Kapal perang milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) iaitu KD Pendekar dilapor telah tenggelam sepenuhnya di pantai tenggara Johor hari ini selepas mengalami kebocoran.
Sumber: Media sosial pic.twitter.com/reuY2r08F6
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) August 25, 2024
Tiada kecederaan dilaporkan dan semua kru berada dalam keadaan selamat dan ditempatkan di KD SULTAN ISMAIL, Tanjung Pengelih, Johor.
Tambah kenyataan itu, aset TLDM ditempatkan di lokasi kejadian bagi memantau keadaan semasa dan keselamatan persekitaran .
“Orang awam dinasihatkan untuk tidak menyebarkan maklumat insiden yang tidak sah. Perkembangan terkini akan dimaklumkan melalui sumber rasmi TLDM,” katanya.
Kebocoran tersebut dipercayai berpunca dari kapal terlanggar objek bawah air.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.