IPOH : Polis menafikan wujud layanan istimewa terhadap pegawai kanan polis yang didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang pelajar berusia 17 tahun.
Sebaliknya, tegas Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris, kawalan ketat yang dikenakan ke atas tertuduh disebabkan kes itu mendapat perhatian umum secara meluas.
“Bila menarik perhatian, kita perlu ada kawalan yang ketat.
“Malah, kita tak anggap kes ini sebagai kes berprofil tinggi. Dia (tertuduh) juga seperti mana pesalah biasa, cuma ia menarik perhatian dan kita perlu ada kawalan yang ketat.
“Jadi tidak ada isu double standard. Seperti pesalah-pesalah lain, anggota polis yang mengiringinya dari balai untuk dibawa ke mahkamah, seterusnya dihadapkan kepada hakim adalah proses biasa,” jelasnya ketika ditemui media selepas lawatan Setiausaha Politik Menteri Dalam Negeri, Johari Kassim ke kediaman keluarga Zaharif di Chemor.
Terdahulu, petugas media kecewa kerana tidak dibenarkan membuat liputan secara bebas pertuduhan bunuh membabitkan pegawai kanan polis itu.
Ketika dibawa ke mahkamah, tertuduh DSP Mohd Nazri Abdul Razak, 44, yang didakwa menyebabkan kematian Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, berhampiran SMK Jati, Jumaat lalu diberikan kawalan ketat sekurang-kurangnya lima anggota polis lengkap memakai topeng muka dan berpakaian gelap.
Sebaik prosiding selesai, tertuduh dibawa keluar dari kawasan mahkamah diiringi lima kenderaan bercermin gelap milik Polis Diraja Malaysia (PDRM).
| ARTIKEL BERKAITAN
- Pelajar maut dilanggar: Keluarga mangsa rayu saksi kejadian tampil, buat laporan polis
- Pelajar maut dilanggar: Polis jamin siasatan telus, sedia tukar pegawai penyiasat kes
- Polis siasat calon SPM maut dilanggar lari di depan sekolah
- Pegawai kanan polis langgar mati calon SPM ditahan
- Langgar mati pelajar: Ketua Polis Negara jamin siasatan telus, adil
- Pegawai polis direman kes langgar mati pelajar
- Pelajar maut dilanggar kereta: KPM ziarah keluarga petang ini, tawar kaunseling
- Kes pegawai kanan polis langgar pelajar: Saifuddin mahu polis diberi ruang lakukan siasatan
- Pelajar maut dilanggar: ’40 minit anak saya merintih depan mata saya’
- Langgar maut pelajar: Pegawai kanan polis negatif dadah
- Langgar maut pelajar: 22 saksi dirakam keterangan
- Langgar maut pelajar: Keluarga lantik peguam
- [KEMAS KINI] Langgar maut pelajar: Suspek didakwa esok atas tuduhan membunuh
- Langgar maut pelajar: Bapa Zaharif belum jamah makanan sejak peristiwa hitam
- Langgar maut pelajar: Keputusan Peguam Negara bukti siasatan polis telus – KPN