Tumpuan :
Nasional

Kawalan keselamatan di pusat beli-belah kes tembakan diperketat

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

KUALA LUMPUR: Kawalan keselamatan di pusat beli-belah dan lokasi tumpuan umum di seluruh negara akan diperketatkan susulan kes tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, Shah Alam, Selangor malam tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata anggota polis bantuan dan pengawal keselamatan di lokasi terbabit sudah diarahkan sentiasa berwaspada terhadap sebarang aktiviti mencurigakan.

“Berkenaan kejadian semalam, polis Selangor telah mengenal pasti suspek dan pelbagai elemen polis sedang berada di lapangan untuk mengesan keberadaannya.

“Kami juga telah memaklumkan kepada polis di negeri-negeri jiran serta pihak berkuasa di sempadan untuk turut berwaspada,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau memberi jaminan bahawa keselamatan orang awam adalah keutamaan dan segala usaha sedang dilakukan bagi membawa suspek ke muka pengadilan.

“Kami faham bahawa timbul kebimbangan dalam kalangan masyarakat susulan kes ini, namun kami berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan keresahan,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini