comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Katil dua tingkat atasi kesesakan Penjara Kajang

Oleh: Aslina Abu Bakar

KAJANG: Penjara Kajang sudah mula menggunakan katil dua tingkat, sebagai satu langkah bagi menangani masalah kesesakan di dalam sel.

Timbalan Pengarah Penjara Kajang, Penolong Kanan Komisioner Preshahdin Monshee berkata, melalui kerjasama ibu pejabat Jabatan Penjara Malaysia, penjara Kajang kini mempunyai kapasiti tambahan sehingga boleh memuatkan 5,500 banduan.

Katanya, sebelum kemudahan itu disediakan, Penjara Kajang berdepan kesesakan banduan melebihi 50 hingga 70 peratus memandangkan kapasiti penjara hanya boleh memuatkan 3,500 banduan sahaja.

“Buat masa ini lebihan banduan yang terdapat di penjara kajang melebihi 176 orang tetapi jumlah itu masih lagi terkawal dan masih boleh diuruskan dengan baik.

“Selain itu, pihak penjara juga mempunyai 860 kakitangan uniform untuk mengawasi banduan di penjara dengan dibantu 56 kakitangan pejabat,”katanya.

Beliau ketika ditemui di Pejabat Penjara Kajang berkata, petugas yang ada masih belum mencukupi bagi memastikan pengawalan penjara berada pada tahap maksima.

“Alhamdulillah pada tahun inj saya difahamkan kita mendapat tambahan sebanyak 1500 anggota yang mana 10 peratus daripada mereka akan ditempatkan di penjara ini.

“Setakat semalam, seramai 5,676 banduan ditempatkan di penjara Kajang dengan kemasukan banduan baharu seramai 80 hingga 120 orang setiap hari berbanding jumlah banduan yang dikeluarkan tidak melebihi 60 orang sehari,” katanya.

Loading...
Terkini