Oleh: Nurul Amalina Zainudin
PETALING JAYA: Cubaan menyeludup beras basmathi dari India bernilai RM 227,000 antara yang dipatahkan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah, Unit 1 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dalam operasi baru-baru ini.
Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Norlela Ismail berkata, hasil pemeriksaan ke atas sebuah kontena bersaiz 40 kaki di Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang menemui 15,390 kilogram dipercayai beras putih jenis basmathi, membabitkan jumlah cukai dan duti sebanyak RM 91,000.
“Membuat pengikraran yang tidak benar iaitu ‘Assorted Food Bag’ di Borang Kastam 1 bagi mengelak mengemukakan lesen import semasa pengimportan sengaja meletakkan dagangan beeas di bahagian belakang muatan kontena bersama barangan makanan yang lain,” katanya dalam sidang media di JKDM Zon Tengah, hari ini.
Susulan itu, seorang ejen tempatan berusia 30an dipanggil untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 135 (1) (a) Akta Kastam 1967.
Selain itu, JKDM Zon Tengah turut menumpaskan dua lagi kes penyeludupan kontraban membabitkan minuman keras dengan nilai rampasan RM 289,884.
Menerusi serbuan pada 7 Oktober lalu, JKDM merampas 3000 liter minuman keeas jenis ‘hard liquor’ membabitkan cukai dan duti sebanyak RM 395,000.
Sementara pada 26 Oktober lalu, pemeriksaan di sebuah gudang di Kawan Perindustrian Balakong Jaya, merampas 27,792 liter minuman keras import jenis ‘bir’ melibatkan jumlah cukai dan duti RM 1,091,730.
Anggaran bagi keseluruhan nilai rampasan sebanyak RM 516,884 yang melibatkan jumlah cukai dan duti berjumlah RM 1,577,730.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.