Tumpuan :
Nasional

Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Disambut Meriah

| Oleh: Nurul Amalina Zainudin

Foto: Facebook.

KUALA LUMPUR: Karnival Pendidikan Kaunseling Kerjaya Peringkat Kebangsaan 2022 menjangkaui sasarannya dengan kehadiran hampir 10,000 pelajar.

Berlangsung di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, karnival yang berlangsung selama dua hari itu, melibatkan lebih 200 buah sekolah dari seluruh negara.

Menurut Yang Di-Pertua Majlis Guru Kaunseling Kuala Lumpur, Mohd Azni Abu Hassan, lebih 50 pempamer turut serta dalam simposium, memperluas pengetahuan kerjaya pelajar di samping memberi pendedahan mengenai peluang pekerjaan yang sesuai diceburi mereka demi masa depan.

“Kita mahu mencungkil bakat dalam kalangan murid dan juga guru tentang ilmu, bakat atau kemahiran yang ada pada mereka. Yang kedua, ini adalah salah satu proses intervensi psikometrik di mana semua guru kaunseling di sleuruh Malaysia melaksanakan pentaksiran psikometrik,” katanya kepada wartawan DidikTV.

Selain menyertai pertandingan yang dianjurkan, peserta juga dapat berkongsi cita-cita mereka serta bidang yang perlu diselami demi menjayakan cita-cita mereka di masa hadapan.

Mereka juga akan diberi pendedahan langkah-langkah untuk memasuki menara gading akan dikongsi bersama fasilitator yang hadir.

Loading...
Terkini