KUALA LUMPUR: Karnival automotif pertama anjuran projek tahun akhir pelajar Perhubungan Awam, Universiti Teknologi MARA membuka peluang kepada anak-anak yatim dari Pertubuhan Nur Kasih memahami dan mempelajari industri automotif.
Projek ‘Drive For Hope’ seliaan PRoud Agency ini bukan sahaja bertujuan meraikan mereka tetapi memberi peluang kepada pelajar UiTM pembelajaran secara praktikal dalam penganjuran acara bidang automotif.
Menurut Timbalan Dekan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Ahmad Faisal Mohamed Fiah acara ini adalah kayu pengukur bagi penganjuran majlis automotif yang julung kali diadakan di universiti itu.
“Kerjasama erat bersama Motor Drive Group, komuniti automotif di Malaysia dan pelbagai pihak lain telah menjadikan acara ini sebagai satu platform unik yang menggabungkan elemen inovasi, pendidikan, dan pengalaman praktikal,” katanya.
Pelbagai aktiviti menarik diadakan buat pengunjung yang hadir antaranya, Limbo Kereta yang menguji kecekapan dan kreativiti pemandu.
Selain itu, aktiviti pertunjukan Rev Bunyi Kereta juga berjaya memukau kira-kira 3,000 pengunjung yang hadir.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.