Tumpuan :
Kemalangan

[VIDEO] Kapal tangki terbakar, tiga kru masih hilang

 

KOTA TINGGI: Sebuah kapal tangki terbakar di kedudukan 37.5 batu nautika timur laut Tanjung Sedili, di sini, hari ini.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan laporan kejadian tersebut diterima Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru pada jam 4.00 petang.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata kapal tangki yang berdaftar dari Gabon, Afrika dilaporkan dalam perjalanan dari China menuju ke Singapura bersama 28 orang kru kapal.

FOTO: Ihsan Maritim

Operasi CARILAMAT diaktifkan pada jam 4.00 petang dan sebuah bot ronda Maritim Malaysia PETIR 12 telah diaturgerak ke lokasi kejadian berjaya menyelamatkan dua kru kapal tangki tersebut

Seramai 23 orang kru kemudian diselamatkan oleh dua buah kapal berhampiran lokasi kejadian manakala baki tiga lagi kru kapal dilaporkan masih hilang.

Punca kejadian masih dalam siasatan.

Loading...
Terkini