Tumpuan :
Nasional

Kapal tangki terbakar, 14 krew diselamatkan APMM

Kapal tangki terbakar di kedudukan empat batu nautika tenggara Tanjung Piai, Pontian, hari ini.

JOHOR BAHRU: Sebuah kapal tangki terbakar di kedudukan empat batu nautika tenggara Tanjung Piai, Pontian dekat sini, pagi tadi.

Pemangku Pengarah Maritim Negeri Johor, Kapten Kama Azri Kamil berkata, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) pada jam 9.25 pagi setelah menerima makluman kejadian itu daripada Kapal Maritim (KM) SATRIA.

“KM Satria, KM Tambisan dan Bot Kilat 18 dari Maritim Malaysia Negeri Johor telah diarahkan ke lokasi kejadian bagi mengkoordinasikan Op Carilamat bersama dua buah bot dari Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Kapal tangki yang berdaftar dari Mongolia itu dikendalikan oleh 15 orang kru warganegara Myanmar, Indonesia dan Singapura berumur lingkungan 22 hingga 73 tahun.

“Seramai 14 orang kru kapal berjaya diselamatkan dan dibawa ke Jeti Maritim Negeri Johor manakala seorang kru warganegara Indonesia telah hanyut ke perairan Singapura,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujarnya, mangsa yang hanyut itu berjaya dikesan pihak berkuasa negara jiran dan dia berada dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum dibawa ke hospital bagi rawatan lanjut.

Loading...
Terkini