comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kapal kargo terbalik, 9 anak kapal dilaporkan hilang

 

KUCHING: Sembilan anak kapal dilaporkan hilang selepas kapal kargo yang dikendalikan oleh mereka terbalik.

Pengarah Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (MARITIM) Sarawak Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan kejadian itu sekitar jam 2.00 petang dan mengarahkan Kapal Maritim KM Kota Kinabalu untuk ke lokasi kejadian.

“Ketika ini kapal KM Kota Kinabalu sudah berada dilokasi kejadian itu dan dimaklumkan tiada mangsa di temui setakat ini.

“Kita telah mengaktifkan Operasi Mencari Dan Menyelamat (SAR) bagi mengesan sembilan mangsa terbabit,” katanya menerusi satu kenyataan.

Beliau berkata, Maritim Malaysia turut menggerakkan Bot Kilat 35 serta aset udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu pencarian mangsa.

Katanya, pencarian awal dilakukan berdekatan lokasi kejadian terbabit sebelum ia diperluaskan.

Loading...
Terkini