Tumpuan :
Nasional

‘Kantoi’ cuba edar dadah dalam ladang kelapa sawit

FOTO IHSAN PDRM

TEMERLOH: Cubaan dua lelaki mengedar dadah dalam ladang kelapa sawit gagal apabila mereka dicekup sepasukan Polis Bahagian Narkotik (BSJND) Ibu Pejabar Polis Daerah (IPD) Temerloh jam 11 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Assisten Komisioner Mazlan Hassan berkata dua lelaki berusia 44 dan 46 tahun ditahan dalam Ladang Sawit Kampung Kenangan, Lanchang kerana memiliki dadah bernilai RM9,057.

Katanya pada kira kira jam11 pagi pasukan BSJND IPD Temerloh dalam Op Tapis telah menangkap dua lelaki Melayu di dalam kawasan Ladang Sawit Kampung Kenangan,Lanchang .

“Pemeriksaan fizikal terhadap lelaki pertama telah menjumpai satu beg bertali berwarna hitam disilang di bahu sebelah kanan yang di dalamnya mengandungi, lapan paket plastik lutsinar yang di dalamnya terdapat 80 paket plastik lutsinar yang berisi serbuk dan ketulan warna putih disyaki dadah jenis heroin anggaran berat 133.82 gram dan satu paket plastik lutsinar yang berisi serbuk dan ketulan warna putih disyaki heroin dengan anggaran berat, 10.35 gram dengan jumlah keselurahan anggaran berat 144.77 gram.

“Pemeriksaan fizikal terhadap lelaki kedua dijumpai satu beg bertali yang disilang di bahu sebelah kanan, yang mangandungi satu paket plastik lutsinar yang berisi serbuk dan ketulan warna putih disyaki jenis heroin kira kira seberat 1.70 gram,” katanya.

Beliau berkata, semakan mendapati kedua-dua lelaki terbabit mempunyai kesalahan lampau berkaitan dadah.

Loading...
Terkini