comscore
Tumpuan :
Nasional

Kanak-kanak rentung selepas rumah dijilat api

Anggota bomba memadam kebakaran membabitkan sebuah rumah di Kampung Besah, Kuala Ketil yang terbakar menyebabkan seorang kanak-kanak perempuan rentung ditemukan meninggal dunia. – Foto: Ihsan JBPM

Oleh: Kumaran Rajamoney

BALING: Seorang kanak-kanak maut dalam satu kejadian kebakaran melibatkan sebuah rumah kediaman di Kampung Basah, Kuala Ketil di sini pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Kedah, Penguasa Kanan Bomba 1 Wan Mohd Hamizi Wan Mohd Zin dalam kenyataan berkata, mayat mangsa, Nor Batrisha Razali, 12 ditemui maut didalam bilik tidur tingkat bawah kediaman itu.

Terdahulu, Pusat Gerakan Operasi Negeri (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kedah menerima panggilan kecemasan kebakaran pada jam 7.08 pagi.

Jentera dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling digerakkan bagi membantu memadamkan kebakaran.

Ketika pasukan operasi tiba, rumah itu telah 90 peratus terbakar.

Kebakaran dipercayai bermula pada bahagian dalam bilik tidur sebelah kanan rumah itu.

Punca kejadian masih dalam siasatan.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Baling untuk bedah siasat.

Loading...
Terkini