PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun terkunci selama sejam dalam rumah di Fera Residence, Jalan Wangsa Kuarza, Wangsa Maju, ibu negara pagi tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan mengenai kejadian jam 11.37 pagi.
Komander Operasi PBK II Rozaidi Mat Isa berkata 8 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Setapak dikerah ke lokasi kejadian.
Setibanya di rumah berkenaan didapati mangsa telah terkunci di dalam rumah.
Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun terkunci dalam rumah di Fera Residence, Jalan Wangsa Kuarza, Wangsa Maju, ibu negara pagi tadi. pic.twitter.com/05MfnlYbXM
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) January 26, 2024
Justeru tindakan operasi menggunakan teknik Repelling di mana anggota turun menggunakan tali dari balkoni luar yang berada di tingkat atas untuk memasuki rumah mangsa.
Mangsa berjaya diselamatkan jam 12.30 tengah hari dan diserahkan kepada keluarganya.