comscore
Tumpuan :
Nasional

Kanak-kanak perempuan hilang selepas ambil makanan dari kereta

FOTO: Ihsan Polis

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dilaporkan hilang selepas turun mengambil makanan dari kereta yang diparkir di bawah kediamannya di sebuah flat di Bandar Bukit Tinggi 1, Klang, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 8.59 malam, semalam.

FOTO: Ihsan Polis

“Hasil siasatan awal mendapati kanak-kanak perempuan warga tempatan turun ke tempat parkir selepas disuruh ibunya untuk mengambil makanan dalam kereta sekitar jam 2.20 petang.

“Kanak-kanak tersebut turun seorang diri dan tidak kembali ke rumah. Pada jam 3 petang, ibu mangsa bertindak mencari kanak-kanak itu bagaimanapun tidak menemuinya.

“Ibu mangsa kemudian tampil membuat laporan dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan membuka satu kertas enkuiri polis orang hilang untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, mangsa yang hilang dikenali Madrafataha Indal Bangsawan yang digambarkan sebagai berbadan kurus, berkulit cerah, rambut di paras bahu serta berketinggian 150 sentimeter.

Katanya, mangsa kali terakhir dilihat berpakaianbaju t-shirt berwarna hijau dan berseluar ‘track’ hitam.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta untuk menyalurkan terus kepada IPD Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini