comscore
Tumpuan :
Nasional

Kanak-kanak perempuan ditemukan lemas dalam longkang

Datuk mangsa, Mohd Hamidan Hashim menunjukkan gambar cucunya yang lemas akibat terjatuh di dalam longkang ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah. – Foto: NSTP

Oleh: Selwam Arjunan

ALOR SETAR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemukan lemas di dalam longkang di Lorong Seri, Jalan Langgar, di sini, malam tadi.

Menurut ahli keluarga, mangsa adalah kanak-kanak perempuan, Nur Aisha Misya Afifah Abdul Fattah.

Mangsa didakwa hilang dari rumahnya kira-kira jam 4.30 petang sebelum ditemukan lemas di dalam longkang di kawasan kampung berhampiran oleh datuknya, kira-kira jam 8 malam.

Jenazah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah untuk tindakan lanjut.

Pengebumian dijangka diadakan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al Irfan, Derga, Jalan Langgar petang ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Penolong Pesuruhjaya Polis, Siti Nor Salawati Saad mengesahkan kejadian dan berkata kenyataan lanjut akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini