comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kanak-kanak OKU rentung dalam kebakaran enam rumah kedai

 

KUCHING: Seorang kanak-kanak lelaki yang juga orang kurang upaya, OKU rentung dalam kebakaran membabitkan enam rumah kedai di Batu Tujuh Kota Sentosa petang tadi.

Mangsa 12 tahun dikatakan mempunyai masalah mental dan tidak mampu bergerak secara normal.

Mayat mangsa ditemui anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, JBPM Sarawak di salah sebuah rumah kedai terbabit ketika melakukan kerja-kerja “overhoul” selepas api berjaya dipadamkan.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Sarawak, Henderi Ardimansyah berkata mayat kanak-kanak malang itu ditemui di ruang tamu di tingkat dua salah sebuah rumah kedai terbabit yang dijadikan sebagai kediaman.

Handeri berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 3.30 petang.

Kira-kira 40 anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat, BBP Tabuan Jaya, Batu Lintang dan Kota Samarahan digegaskan ke lokasi kejadian.

Katanya, setiba dilokasi kejaian, pihaknya mendapati kebakaran membabitkan enam buah kedai dengan maklumat awal terdapat mangsa yang masih terperangkap.

“Maklumat awal kita dimaklumkan terdapat dua orang mangsa yang terperangkap namun setelah bertemu dengan waris mangsa kita dimaklumkan hanya seorang sahaja yang terperangkap,” katanya.

Beliau berkata pihak bomba mengambil masa kira-kira dua jam 30 minit untuk mengawal kebakaran.

Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Loading...
Terkini